NGO berhimpun di Kedutaan AS protes serangan Israel - Utusan Malaysia

NGO berhimpun di Kedutaan AS protes serangan Israel

PESERTA perhimpunan membakar bendera Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kiuala Lumpur, bagi memprotes tindakan serangan Israel terhadap Palestin.

Perhimpunan kira-kira pukul 2.30 petang itu turut disertai Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia.

Pengerusinya, Yusuf Azmi berkata, tujuan perhimpunan itu bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin namun pihak kedutaan enggan menerimanya.

“Sebaliknya Kedutaan AS membuat laporan polis dahulu. Kami juga gagal mendapatkan kebenaran daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

“Ya Allah, lumpuhkanlah segala rancangan dan serangan musuh-musuh kami, tunjukkanlah kekuasaan-Mu dan kalahkanlah zionis laknatullah ini. Menangkan dan bebaskan bumi Palestin,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, perhimpunan itu turut disertai 15 individu bagi menunjukkan bantahan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya