Nenek di Makassar maut ditimpa sampah - Utusan Malaysia

Nenek di Makassar maut ditimpa sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Seorang pencari barangan terpakai wanita warga emas maut selepas ditimpa runtuhan sampah di sebuah tapak pelupusan di Makassar, Sulawesi Selatan.

Lapor Kompas.com, mangsa dikenali sebagai Sitti Sohrah berusia 65 tahun dan kejadian itu berlaku di tapak pelupusan sampah di Manggala.

Jurucakap polis Manggala, Edhi Supriady Idrus berkata, mangsa sempat diingatkan oleh rakannya supaya tidak pergi ke tapak pelupusan tersebut kerana sering berlaku runtuhan sampah.

“Namun, Sitti Sohrah tidak mengendahkan nasihat berkenaan sehingga dia menjadi mangsa.

“Pihak berkuasa menggunakan jentera berat untuk mengalihkan sampah dan ketika ditemukan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya