Nelayan jatuh dalam sungai ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Nelayan jatuh dalam sungai ditemukan lemas

ALLAHYARHAM MOHD. NASIR RODZUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang nelayan yang terjatuh ke dalam sungai selepas disambar petir di Sungai Kota Kuala Muda, di sini ditemukan lemas awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa, Mohd. Nasir Rodzuki, 33, ditemukan nelayan setempat semasa melalui kawasan tersebut pada pukul 12.30 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemukan kira-kira sembilan meter dari lokasi mangsa terjatuh di sungai itu pukul 4 pagi semalam.

“Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Adzli memberitahu, mayat mangsa disahkan ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH), di sini untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Mangsa dilaporkan menaiki bot bersama seorang rakan sebelum lelaki itu disambar petir dan terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Ketika kejadian, Mohd. Nasir yang berasal dari Kampung Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini sedang memasang pukat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya