Neelofa didakwa langgar SOP Aidilfitri - Utusan Malaysia

Neelofa didakwa langgar SOP Aidilfitri

NEELOFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di ibu negara pada 13 Mei lalu.

Kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik  sebuah video di dalam laman Twitter.

Video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi netizen sejak tengah hari tadi dan tular. Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan  ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan  bersalaman satu sama lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan kompaun RM2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya