Najib bayar kompaun langgar SOP - Utusan Malaysia

Najib bayar kompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan kompaun RM3,000 yang dikenakan ke atasnya ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Dalam hantaran di facebook Najib menulis: “Bayar kompaun. Saya silap itu hari tak scan suhu. Saya mengaku sendiri. Saya terima denda. Tak mahu ada double standards. Mereka itu saya tak tahulah.”

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pekan itu dikenakan kompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Najib dikenakan kompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesalahan pertama adalah gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng.

Sementara kesalahan kedua gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual.

“Turut dikompuan ialah Pengurus Restoran Yeok Wei Hao dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya