Najib, Anwar berdepan lawan sama - Nik Abduh - Utusan Malaysia

Najib, Anwar berdepan lawan sama – Nik Abduh

pn
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perjuangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini mempertahankan diri atas pelbagai tuduhan di mahkamah dilihat ada persamaan dengan perkara dilalui Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, persamaan itu ialah mereka berdepan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pihak lawan lalu diheret ke mahkamah.

“Perbezaan mereka pula, pertuduhan ke atas mereka tak sama. Letih dan calar ada sama, ada juga beza. DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) lebih teruk,” katanya menerusi status terkini di akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Kerajaan Malaysia gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melucut hak wang tunai RM114,164,393.44 milik Najib dan UMNO yang disita dari Pavilion Residences, milik Obyu Holdings Sdn. Bhd.

Perkara itu ditentukan selepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pihak pendakwaan agar wang tunai bernilai jutaan ringgit itu dilucut hak kepada kerajaan.

Sambil mengucapkan tahniah kerana terus berjuang mempertahankan diri, Nik Mohamad Abduh turut memberikan kata-kata semangat Najib tidak mudah kecewa, sebaliknya bertaubat dan membaiki diri.

“Semoga jadi kaffarah daripada dosa (penghapus dosa). Itulah yang utama dalam setiap musibah. Muslim tidak pernah rugi selama dia yakin pada ketentuan Allah untuknya,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu menambah, ada individu yang jahat tetapi masih juga terlepas daripada dihadapkan di mahkamah dunia kerana Allah menangguhkan sehingga akhirat untuk dia berdepan perhitungan sebenar.

“Di sana segalanya hanya penyesalan kecuali dengan bekalan taubat, keinsafan, ihsan dan rahmat daripada tuhan yang esa,” kata beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya