Menyamar sebagai ASP bergelar Datuk untuk rentas negeri

Menyamar sebagai ACP bergelar Datuk untuk rentas negeri

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek berusia 65 tahun telah datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan mengakui dirinya merupakan pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis bergelar Datuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, suspek kemudian bertindak menunjukkan gambar dirinya berpakaian lengkap dengan uniform polis di dalam skrin telefon bimbitnya.

Kata beliau, seorang anggota yang bertugas ketika itu kemudiannya meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan dia adalah pegawai kanan polis namun dia gagal berbuat demikian.

“Sehubungan itu, sepasukan polis dari IPD berkenaan bertindak menahan suspek kerana gagak mempamerkan sebarang identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai seorang penjawat awam.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakrudin, kesalahan menyamar sebagai penjawat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak cuba menyamar dan memalsukan dokumen bagi permit rentas negeri.

“Pihak IPD Petaling Jaya mengingatkan kepada semua lapisan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan supaya penularan Covid-19 dapat diputuskan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya