Maqis rampat 150kg benih belut di KLIA  - Utusan Malaysia

Maqis rampat 150kg benih belut di KLIA 

Maqis merampas 150 kg benih belut, Anguilla bicolor yang cuba dieksport ke Hong Kong melalui pintu keluar negara kargo KLIA, Sepang, Selangor pada 17 Mei 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 150 kilogram (kg) benih belut, anguilla bicolor bernilai RM61,612.50  cuba dieksport ke Hong Kong menerusi Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin lalu. 

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, rampas dilakukan ketika pihak berkuasa menjalankan operasi di gudang kawasan kargo KLIA sebelum dagangan tersebut dijadual untuk dieksport pada pukul 9 pagi. 

“Barang dagangan tersebut tidak mempunyai permit eksport Maqis. Sijil Kesihatan Perikanan yang dikemukakan kepada pegawai bertugas juga adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, perbuatan mengeksport dagangan hasil perikanan tanpa mempunyai permit eksport merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. 

“Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya