Malaysia iktiraf perjuangan Palestin sejak 1957 - Hadi Awang - Utusan Malaysia

Malaysia iktiraf perjuangan Palestin sejak 1957 – Hadi Awang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Malaysia memainkan peranan sangat berani dalam menentang rejim zionis Israel apabila mengiktiraf perjuangan Palestin sejak awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan yang dipimpin Almarhum Tunku Abdul Rahman pada masa itu tidak gentar menjemput Mufti Palestin, Syeikh Mohammed Amin al-Hussaini berucap dalam Musabaqah al-Quran pertama di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 1960.

Katanya, ketika itu bekas mufti berkenaan bersama pemimpin gerakan Palestin diharamkan daripada mendapat visa melawat seluruh dunia oleh negara barat kerana tidak mendukung Berikat yang mempunyai Zionis di dalamnya ketika Perang Dunia Kedua.

“Ini adalah pengiktirafan Almarhum Tunku Abdul Rahman terhadap perjuangan Palestin.

“Kita berharap supaya negara Islam termasuk Malaysia bangkit dengan proaktif mendukung perjuangan Palestin dalam mempertahankan kedaulatan dan menentang musuh paling besar dalam sejarah manusia, kaum zionis Yahudi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika melancarkan kempen #Aid4Palestine secara dalam talian, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, menjadi kewajipan setiap umat Islam untuk mempertahan Palestin mengikut kemampuan masing-masing sama ada dengan bertarung di medan perang, bantuan kewangan mahu pun berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kemenangan daripada kekejaman rejim zionis Israel.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat #Aid4Palestine, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengajak seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman zionis Israel di samping mengambil tindakan politik yang lebih keras.

Katanya, semua pihak mesti bersatu padu atas dasar keimanan dan kemanusiaan untuk bersama-sama membebaskan bumi Palestin sekali gus membela hak rakyat negara berkenaan.

“Usaha murni yang disambung daripada generasi terdahulu diharapkan dapat diperluaskan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bersama-sama menggerakkan bantuan kemanusian dan membantu perjuangan suci Palestin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya