PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) akibat jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara ini.
Menerusi perkongsian KKM di Facebook hari ini, kementerian itu memberi tiga senario yang mungkin berlaku kepada mangsa-mangsa BID.
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke PKRC atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini.
Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Angka jangkitan harian Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan sejak tiga hari lalu ia sudah melepasi 7,000 kes sehari.- UTUSAN