Lewat masuk PKRC: Pesakit perlu lalui proses pendaftaran - Utusan Malaysia

Lewat masuk PKRC: Pesakit perlu lalui proses pendaftaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kelewatan kemasukan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) adalah kerana kerana perlu melalui pemeriksaan teliti.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam kenyataannya memaklumkan, proses pendaftaran kemasukan pesakit ke dalam dewan rawatan pula perlu dilakukan dengan teliti agar kesilapan tidak berlaku.

“Malah, pemeriksaan keselamatan bagi mengelakkan pesakit daripada membawa barangan terlarang ke dalam pusat kuarantin turut dijalankan.

“Isu penjarakan fizikal di dalam pusat kuarantin yang dinyatakan tidak menjadi masalah kerana semua pesakit yang terlibat telah disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan terdapat pesakit terpaksa menunggu lebih enam jam bagi mendapatkan katil, bertarung dengan kesejukan, serta beratur panjang untuk menerima rawatan dan makanan.

Dalam pada itu, JKNS dalam kenyataannya berhubung isu yang dibangkitkan mengenai suhu di dewan terutama yang menempatkan warganegara wanita dan kanak-kanak memaklumkan, siling dewan tersebut tidak setinggi dewan terbuka biasa yang lain.

Kata kenyataan itu, perkara tersebut cuba diatasi dengan menetapkan suhu piawaian 22-24C dan membuat pemantauan berterusan.

“Berhubung isu kebersihan tandas pula, kerja pembersihan tandas dilakukan sebanyak empat kali sehari iaitu pada pukul 10 pagi, 3 petang, 8 malam dan 2 pagi.

“Namun, penggunaan yang tinggi, terdapat juga cabaran daripada aspek sikap pesakit dalam menggunakan kemudahan yang disediakan contohnya membuang sampah merata-rata sehingga menyebabkan tandas tersumbat serta tidak menjaga kebersihan tandas,” kata kenyataan itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya