Lelaki cuba ceroboh kem tentera pernah cuba sertai militan - Utusan Malaysia

Lelaki cuba ceroboh kem tentera pernah cuba sertai militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lelaki yang mati ditembak selepas cuba menceroboh Batalion Ke-4, Rejimen Sempadan di Gerik kelmarin, dipercayai pernah cuba menyertai kumpulan militan.

Menurut sumber, lelaki berusia 35 tahun itu pernah ke Mekah bersama bapanya bagi menunaikan umrah, namun dia didapati tidak pulang ke Malaysia dan tinggal lebih masa di sana.

Difahamkan, lelaki terbabit yang cuba menyembunyikan diri ditahan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi dan dikenakan hukuman penjara dua tahun.

“Lelaki itu dipercayai cuba untuk sertai kumpulan militan sebelum dia ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia.

“Dia yang merupakan bekas anggota tentera ditamatkan perkhidmatan kerana mengalami masalah kesihatan mental,” kata sumber tersebut.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 petang semalam, suspek yang bersenjatakan parang maut terkena tembakan selepas lelaki itu cuba menyerang anggota tentera yang berada di pos kawalan kem tersebut.

Suspek sebelum itu cuba menceroboh kawasan kem dengan memanjat pintu pagar hadapan namun perbuatannya itu telah ditegah dan diberi amaran oleh anggota bertugas.

Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Gerik namun disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya