‘Lega namun gusar dengan persepsi masyarakat' - Abdul Hamid

‘Lega namun gusar dengan persepsi masyarakat’ – Abdul Hamid

ABDUL Hamid Bador (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sambil disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ismail Mohamed Said di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berasa lega kerana dapat menikmati masa berkualiti yang selama ini dikorbankan bagi menabur bakti kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun terdapat kegusaran jauh di sudut hatinya.

Beliau berkata, ini kerana beliau meninggalkan pasukan yang masih bergelut dengan persepsi yang tidak berkesudahan dan terus dihukum pandangan awam (public opinion).

“Walaupun pada zahirnya saya kelihatan gembira dan berasa lega kerana dapat menikmati kembali masa berkualiti yang telah saya korbankan selama ini.

“Namun, jauh di sudut hati saya merasa gusar untuk meninggalkan pasukan yang masih bergelut dengan persepsi yang tidak berkesudahan dan terus menerus dihukum oleh court of public opinion (mahkamah pandangan umum) yang tidak berkesudahan dan terus menerus dihukum public opinion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut mengingatkan seluruh anggota dan pegawai PDRM agar untuk terus berkhidmat sebaik mungkin.

Katanya, setiap anggota PDRM perlu melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh berintegriti, amanah dan berpegang kepada dasar amar makruf dan nahi mungkar.

“Ya, kita tak mungkin boleh memuaskan hati semua 32 juta rakyat Malaysia tetapi kita boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan melaksanakan tugas dengan berintegriti serta sentiasa berpegang kepada amar makruf dan nahi mungkar.

“Ingatlah malaikat Raqib dan Atid akan sentiasa berada di kiri dan kanan kita untuk mencatat segala amalan baik dan buruk yang menjadi bekalan kita yang akan dihisab di alam akhirat nanti,” katanya.

Tambah Abdul Hamid, persaraan bukan bermakna dia akan terus melupakan pasukan polis selepas empat dekad berkhidmat dalam pasukan berkenaan.

“Selepas empat dekad, tibalah masa untuk saya berundur. Saya akan memerhati secara diam, cukuplah. Sudah tentu masa dihabiskan dengan berkebun. Anda semua patut cuba,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan campur tangan menteri dalam urusan PDRM, Abdul Hamid menyerahkan kepada penggantinya, Acryl Sani untuk melakukan siasatan.

“Saya dah buat pendedahan dan saya rasa saya biarkan pegawai PDRM untuk buat (siasatan) susulan. Tidak semestinya saya perlu buat laporan seperti diminta oleh menteri,” katanya.

Beberapa individu tampil membuat laporan polis menggesa PDRM menyiasat dakwaan Abdul Hamid berhubung tindakan menteri dan ahli politik yang mengatur pertukaran serta urusan PDRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya