PETALING JAYA: Selepas mengumumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok, hari ini Kuala Lumpur pula dikenakan PKP bermula 7 Mei hingga 20 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setelah meneliti pembentangan serta cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dua minggu.
Menurut beliau, sejak 1 hingga 27 April lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 17 kluster baharu direkodkan di wilayah itu dengan jumlah kes harian terus meningkat.
Ismail berkata, langkah tersebut diharap dapat mengawal peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.- UTUSAN