Kritik kerajaan Kedah, Zunar kena siasat dua jam - Utusan Malaysia

Kritik kerajaan Kedah, Zunar kena siasat dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kartunis Zunar atau nama sebenar Zulkiflee AnwarHaque disiasat dua jam di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di Kedah berhubung lakarannya mengenai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Zunar, selain disiasat telefon bimbitnya dirampas.

“Pagi ini 7 Mei, siasatan dijalankan terhadap saya di IPD Padang Terap, Kedah mengenai kartun berkaitan MB Kedah yang disiar dalam Facebook Zunar Kartunis Fan Club Januari lepas.

“Perkara itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” kata di Twitter hari ini.

Pada 23 Januari lalu, Zunar mengkritik kerajaan Kedah kerana membatalkan cuti umum Thaipusam seperti yang disiarkan Facebook.
Muhammad Sanusi ketika itu berkata tiada cuti peristiwa untuk perayaan Thaipusam kerana wabak Covid-19. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya