Kompleks Pekan Rabu tutup tiga hari - Utusan Malaysia

Kompleks Pekan Rabu tutup tiga hari

KOMPLEKS Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah ditutup tiga hari bagi kerja-kerja sanitasi bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kompleks Pekan Rabu di sini ditutup tiga hari bermula hari ini susulan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan bagi mencegah penularan.

“Kompleks Pekan Rabu ditutup sementara bermula 16 Mei sehingga 18 Mei ini untuk membolehkan kepada kerja-kerja sanitasi bangunan keseluruhannya dilakukan dengan berkesan.

“Pengurusan KPRASB mengambil berat tentang penularan jangkitan ini. Sejak pandemik, selepas hari raya atau apa-apa perayaan, kompleks akan disanitasi,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, KPRASB memantau situasi itu dalam kalangan peniaganya dan menasihatkan mereka yang bergejala menjalani ujian calitan.

“Kita kena ambil langkah berjaga-jaga dengan lebih ketat memandangkan kes di daerah ini pun semakin bertambah kita merasakan penutupan adalah wajar.

“Kita juga menasihatkan peniaga dan orang ramai supaya menjaga SOP (prosedur operasi standard) ketika berada di kompleks ini,” katanya.

Terdapat lebih 300 peniaga dalam kalangan bumiputera di kompleks perniagaan ikonik Kedah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya