Kertas siasatan Neelofa diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Kertas siasatan Neelofa diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

MOHAMAD Mat Yusop (kiri) memakaikan pangkat Sarjan Mejar kepada Mat Shah Kasim dalam majlis di IPK Negeri Sembilan, Seremban hari ini. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kertas siasatan melibatkan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini sudah pun diserahkan kepada pihak pejabat Timbalan Pendakwa Raya. 

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, bagaimanapun kertas siasatan tersebut dikembalikan semula kepada pihak polis berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemaskan. 

“Pihak polis dalam peringkat akhir siasatan. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya peringkat awal, ada beberapa tindakan perlu diambil, insya-Allah kami akan memaklumkan pihak media. 

“Kertas siasatan itu akan diperkemaskan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan kepada Sarjan Mat Shah Kasim di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini hari ini. 

Kelmarin, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dekat sini bagi diambil keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada Ahad lalu.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohamad memakaikan pangkat secara medan kepada Mat Shah yang dinaikkan pangkat daripada Sarjan ke Sarjan Mejar di atas tindakan beraninya menyelamatkan warga emas, Maimunah Mohd. Shah, 81 dan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU), Zaidi Zainudin, 46.

Utusan Online pada 4 Mac lalu turut melaporkan dua beranak cedera selepas rumah berusia lebih 100 tahun yang didiami mereka musnah dalam kebakaran.

Dalam kejadian tersebut, Maimunah dikatakan cuba menyelamatkan Zaidi menerusi pintu dapur yang kemudiannya dihalang seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian dan terus menyelamatkan kedua-dua beranak tersebut.

Bagaimanapun, Zaidi yang mengalami kecederaan melecur pada beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia  selepas 13 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya