Kerajaan Pahang lanjut tempoh jelas cukai tanah - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang lanjut tempoh jelas cukai tanah

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kerajaan negeri melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah 2021 ke atas semua pemilik tanah berdaftar di negeri ini sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat berasaskan keprihatinan kerajaan negeri kepada masalah dihadapi rakyat yang terpaksa berdepan pelbagai situasi dalam tempoh PKP ketika ini.

“Menerusi langkah tegas (PKP) ini telah mengehadkan pada tahap tertentu pergerakan dan perkhidmatan di seluruh negara sehingga mengakibatkan kerugian terutama kepada pemilik tanah berkenaan.

“Justeru, dengan pelanjutan tempoh pembayaran, denda lewat 10 peratus daripada nilai cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 1 September ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menghargai segala usaha dan komitmen pemilik tanah untuk berusaha menjelaskan cukai tanah mereka dalam tempoh ditetapkan.

“Adalah diharapkan, pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah ini, sedikit sebanyak dapat memberi masa yang cukup dan sewajarnya untuk mereka menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya