Kenderaan masuk Terengganu naik 25 peratus - Utusan Malaysia

Kenderaan masuk Terengganu naik 25 peratus

AHMAD Samsuri Mokhtar (kanan) memantau antara 26 laluan tikus yang terdapat di sepanjang Besut dan Pasir Puteh, Kelantan di Besut hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jumlah kenderaan memasuki Terengganu meningkat 25 peratus kepada 18,771 buah menjelang Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, pertambahan lebih 3,000 kenderaan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dikesan dua tiga hari lalu berbanding purata kira-kira 15,000 sebelum ini.

Menurut beliau, kebanyakan individu yang merentas negeri dikenal pasti dari Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

“Peningkatan trafik kenderaan dari pantai barat ke Terengganu meningkat 25 peratus dan antara alasan popular atas urusan perniagaan, tuntutan kerja, menghantar dan mengambil anak, menziarahi orang tua uzur selain kematian,” kata beliau di SJR Kampung Tok Saboh di sempadan Terengganu-Kelantan di sini hari ini.

Menurut beliau, banyak juga kenderaan diarahkan berpatah balik apabila melalui sekatan SJR.

Terdahulu Roslee mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memantau antara 26 laluan tikus yang terdapat di sepanjang daerah ini dan Pasir Puteh, Kelantan.

Dalam perkembangan sama, Roslee berkata, sehingga kini  lapan individu dikompaun RM5,000 atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran.

Katanya, antara kesalahan kerap dilakukan masyarakat bagi merentas sempadan Terengganu-Kelantan ialah mengemukakan surat kebenaran lama yang sudah luput tarikh.

Tegasnya, kawalan dan pemantauan lebih ketat kini dilaksanakan di kesemua 26 laluan tikus di sempadan Besut-Pasir Putih menjelang Aidilfitri.

“Di samping itu, seramai 150 pasukan pematuhan dan pemantauan melibatkan 1,000 petugas termasuk polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bersiap-siaga untuk memastikan penduduk Terengganu menyambut Hari Raya Aidilfitri mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya