Kenderaan masuk Kelantan naik 15 peratus - Utusan Malaysia

Kenderaan masuk Kelantan naik 15 peratus

POLIS mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang ingin melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sekatan jalan raya (SJR) Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis mengetatkan kawalan di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Putih, di sini yang menjadi pintu masuk Kelantan selepas mendapati jumlah kenderaan di laluan itu meningkat sehingga 15 peratus hari ini. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, keadaan tersebut berlaku kurang 24 jam selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sekatan penuh bermula 1 hingga 14 Jun ini.

“Anggota di SJR Kampung Tanah Putih diarahkan untuk mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan luar yang ingin masuk ke Kelantan melalui Gua Musang.

“Kita akan pastikan setiap mereka yang merentas negeri mempunyai permit perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu pagi ini, media melaporkan ketika berbaki dua hari menjelang total lockdown, aliran trafik mengalami sesak teruk di pintu keluar ibu negara, terutama di sekitar Tol Gombak dan Tol Sungai Besi.

Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air sekitar pukul 10 pagi ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya