Kek untuk bekas guru - Utusan Malaysia

Kek untuk bekas guru

SUHAIMIZAN bIZAR menyampaikan kek tertera tulisan Selamat Hari Guru Cikgu Tipah kepada Latifah Ab. Samad sempena sambutan Hari Guru. -UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang bekas guru terharu apabila menerima cenderahati sebiji kek oleh bekas anak muridnya sempena sambutan Hari Guru, hari ini.

Latifah Ab. Samad, 66, berkata, dia bertuah kerana anak-anak muridnya masih menghormatinya sebagai seorang guru malah masih mengingati jasa yang pernah dicurahkannya sebagai seorang pendidik.

“Saya percaya mana-mana guru pun gembira dan bersyukur sekiranya anak-anak murid mereka berjaya dalam kehidupan. Berjaya ni maksudnya bukan pegang jawatan atau pangkat tinggi, tetapi berjaya memimpin diri sendiri menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

“Inilah kejayaan sebenar seorang guru sekiranya dapat membentuk peribadi anak murid dan ini juga kegembiraan sebenar buat semua guru,” katanya.

Dia ditemui di Taman Asahan Jaya di sini ketika menerima pemberian kek oleh Pengerusi Persatuan Belia 4B Daerah Tampin, Suhaimizan Bizar hari ini.

Suhaimizan adalah bekas muridnya ketika dia mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua di Gemencheh.

Sementara itu, menurut Suhaimizan, tahun ini dia menyampaikan dua biji kek kepada dua bekas guru sekolah rendahnya di SK Sungai Dua, Gemencheh iaitu kepada Latifah dan seorang lagi yang merupakan guru bahasa Inggerisnya.

“Kali ini tidak dapat beramah mesra dengan dua bekas guru berkenaan dan hanya dapat menyampaikan cenderahati bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.

“Apa pun guru perlu sentiasa dihargai dan bagi saya sekali bergelar guru akan selamanya menjadi guru di hati anak murid serta masyarakat setempat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya