Kanak-kanak sakit leukemia idam naik kereta peronda polis meninggal dunia

Kanak-kanak sakit leukemia idam naik kereta peronda polis meninggal dunia

Firash Arryan Muhammad Yusri, 6, yang ditunaikan impiannya untuk menaiki MPV polis pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 peringkat IPD SPU pada 25 Mac lalu meninggal dunia awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kanak-kanak pesakit leukemia tahap empat yang ditunaikan hasratnya untuk menaiki kereta peronda polis pada 25 Mac lalu meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Firash Arryan Muhammad Yusri, 6, yang menderita akibat leukemia sejak dua tahun lalu itu meninggal dunia di Pokok Sena, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, beliau dimaklumkan mengenai pemergian Firash Arryan oleh keluarga kanak-kanak itu
awal pagi tadi.

“Keluarga Allahyarham turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di sana yang juga kampung halaman bapanya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Noorzainy pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 pada 25 Mac lalu merealisasikan hasrat Allahyarham Firash Arryan menaiki kereta peronda (MPV) di IPD SPU.

Ketika itu, Firash Arryan yang juga anak sulung daripada dua beradik begitu teruja tatkala melihat kereta peronda (MPV) polis sambil ditemani ibu bapanya, Muhammad Yusri Dani, 31,
dan Aida Royani Abdul Razak, 30. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya