PETALING JAYA: Jangkitan kes Covid-19 menunjukkan trend penurunan hari kedua berturut-turut apabila hari ini merekodkan 6,824 kes berbanding 6,999 kes semalam.
Bagaimanapun, mengikut rekod Kementerian Kesihatan, Selangor terus merekod kes jangkitan tertinggi iaitu 2,111 kes diikuti Kelantan 695 kes dan Sarawak 654 kes.
Johor (489), Kedah (464), Kuala Lumpur (387), Melaka (352), Penang (328), Perak (255) Negeri Sembilan (253), Pahang (219), Sabah (207), Terengganu (204), Labuan (166), Putrajaya (28), dan Perlis (12). – UTUSAN