Hubungan Malaysia-China positif, erat - PM - Utusan Malaysia

Hubungan Malaysia-China positif, erat – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan  Malaysia-China terus berkembang positif dan erat meskipun berdepan cabaran getir kesan  penularan wabak Covid-19. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia dibuktikan menerusi perbincangan bersama Perdana Menteri China, Li Keqiang yang diadakan secara persidangan video pagi tadi.

Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala kedua-dua negara, menerusi penerokaan bidang-bidang baharu untuk kepentingan bersama selain kerjasama sedia ada dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

“Kerjasama ini termasuklah dalam aspek penghasilan vaksin Covid-19 secara ‘fill and finish’ di Malaysia, kerjasama dalam bidang perdagangan elektronik, teknologi tinggi, ekonomi digital, pertanian dan agromakanan, pembangunan keselamatan makanan serta program pembasmian kemiskinan.

“Pemerintah China memberikan respons positif supaya cadangan-cadangan kerjasama ini dibincangkan  lebih terperinci di peringkat kementerian-kementerian berkaitan,” kata beliau menerusi Facebook.

Pada masa sama, Muhyiddin mengutamakan jalinan kerjasama yang lebih proaktif antaranya kolaborasi berterusan dalam bidang dipersetujui sebelum ini seperti pembekalan vaksin, keselamatan makanan serta rantaian bekalan yang terjamin.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan China yang menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kepada Malaysia pada peringkat awal penularan pandemik Covid-19, bukti keakraban hubungan dua hala,” katanya.

Dalam aspek ekonomi dan perdagangan, Muhyiddin berpandangan komuniti perniagaan serta pelabur Malaysia dan China perlu terus meningkatkan jalinan hubungan ekonomi dengan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh kedua-dua negara yang terhasil daripada polisi mesra perniagaan serta persekitaran yang kondusif dan menguntungkan.

Selain  itu, Muhyiddin turut menyentuh mengenai isu-isu antarabangsa melibatkan situasi di Palestin dan Myanmar.

“Kami berdua bersetuju bahawa situasi yang memberi kesan kepada rakyat kedua-dua buah negara tersebut dan rantau sekelilingnya memerlukan desakan segera daripada semua komuniti antarabangsa agar dihenti dan diselesaikan segera.

“Dalam hal ini, saya turut memaklumkan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dan negara lain di platform antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya