Henti hubungan diplomatik dengan Arab jalin hubungan dengan Israel

Henti hubungan diplomatik dengan negara Arab jalin hubungan dengan Israel – Amanah Pahang

ZULKIFLI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang berpandangan, negara Islam khususnya Malaysia perlu bertindak lebih agresif menghentikan sebarang hubungan diplomatik dengan mana-mana negara Arab yang menjalinkan hubungan dengan Israel.

Pencerobohan dan serangan tentera Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas orang Palestin dan jemaah yang beribadat di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat lalu adalah suatu yang tidak boleh diterima. 

Perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Pengerusi Negeri Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, kebiadapan Rejim Zionis yang seolah-olah dilindungi kuasa besar dunia itu adalah keterlaluan memandangkan serangan terbaharu disasarkan kepada umat Islam Palestin yang sedang beribadah dan dalam bulan Ramadan yang mulia.

Justeru, katanya, Amanah Pahang berpandangan kerajaan Malaysia khususnya Duta Malaysia ke Timur Tengah dapat berperanan dan tidak mendiamkan diri dalam isu umat Islam berkenaan dengan mendesak negara Islam dan negara Arab lain segera mengkaji hubungan dengan Israel.

“Rejim Israel yang sudah lali dengan kecaman dunia seharusnya diajar dengan tindakan tegas khususnya tindakan diplomatik negara Islam dan negara negara dalam Liga Arab.

“Amanah Pahang berharap seluruh ahlinya dapat mengadakan solat hajat memohon keselamatan umat Islam Palestin terutama pada malam terakhir Ramadan tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zulkifli berkata, Amanah Pahang berasa sangat tersentuh dengan serangan terbaharu rejim Zionis terhadap umat Islam Palestin.

“Serangan di luar tamadun manusia dan batasan agama ini saban tahun berlaku tanpa amaran keras dan tindakan tegas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab mahupun Persidangan Negara Islam (OIC),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya