Guna untung bank tubuh tabung amanah pekerja - Daim - Utusan Malaysia

Guna untung bank tubuh tabung amanah pekerja – Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Daim Zainuddin menyifatkan kerajaan perlu mewajibkan peraturan kepada bank supaya peratusan tertentu daripada hasil keuntungan mereka digunakan untuk menubuhkan tabung amanah pekerja.

Bekas Menteri Kewangan itu menyuarakan cadangan tersebut kerana berasakan peraturan itu boleh membiayai kebajikan pekerja dari segi kewangan jika berdepan dengan sebarang krisis pada masa akan datang.

Malah, Daim juga menganggap wakil Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) juga harus diberikan tempat dalam lembaga pengarah bank.

“Saya cadangkan syarikat memperuntukkan peratusan tertentu daripada keuntungan mereka sebagai tabung amanah untuk kebajikan pekerja.

“Bagi menjamin kesaksamaan dan keadilan untuk pekerja, sudah tiba masanya NUBE dijemput menghantar wakil ke lembaga pengarah bank supaya pihak pengurusan mendapat input daripada pekerja,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Pekerja secara maya oleh NUBE.

Mengulas lanjut, Daim berpandangan, cadangan itu perlu dipertimbang setelah pengurusan bank dianggap tidak sensitif kerana terus mendapat gaji dan bonus tinggi seperti biasa sedangkan ramai yang berdepan masalah kewangan sepanjang penularan wabak Covid-19.

Katanya lagi, pekerja bank juga berdepan pelbagai cabaran kerana mereka juga bimbang akan hilang pekerjaan memandangkan bank sudah mula ke arah automasi dan digitalisasi menerusi perbankan maya.

“Justeru, majikan perlu melibatkan NUBE dalam rancangan pembaharuan industri perbankan dan usaha mempertingkat kemahiran serta melatih semula pekerja.

“Amat tidak adil sekiranya pemegang taruh mengabaikan rayuan pekerja bank. Layanlah pekerja bank sebagai rakan kongsi dan mereka akan berikan sumbangan terbaik kepada majikan dan negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya