Geng Nicky: Pegawai SPRM digantung tugas jika terlibat

Geng Nicky: Pegawai SPRM digantung tugas jika terlibat

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada siasatan dalaman dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dua pegawainya yang ditahan kerana terlibat kumpulan jenayah terancang diketuai ahli perniagaan, Nicky Liow Soon Hee atau Geng Nicky.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama ada mereka benar terlibat atau tidak.

Malah kata beliau, dua pegawai terbabit masih berkhidmat dan berkemungkinan digantung tugas sekiranya mereka didakwa di mahkamah.

“Setakat ini, dua sahaja yang ditahan dan saya serah pada polis sekiranya ada kes dan saya boleh sahkan tiada pegawai lain dikatakan terbabit.

“Kita tunggu polis siasat dulu dan sudah tentu polis akan kemukakan kepada Peguam Negara bagi tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta SPRM, di sini hari ini.

Pada 15 April lalu, Utusan Malaysia mendedahkan Deputi Superintenden Polis (DSP) dan ASP antara kira-kira 34 nama anggota dan pegawai polis yang dikenal pasti menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Susulan itu, seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA) 2012 pada 22 April kerana terlibat dalam Geng Nicky.

Dalam pada itu, sebanyak 12 pegawai penguat kuasa masing-masing terdiri sepuluh pegawai PDRM dan SPRM (dua orang) ditahan dalam Op Pelican 3.0 Fasa 2 yang dijalankan Polis Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya