Erdogan hubungi Yang di-Pertuan Agong bincang isu Palestin -

Erdogan hubungi Yang di-Pertuan Agong bincang isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah mengadakan perbualan telefon semalam (Isnin).

Semasa perbualan telefon itu, Erdogan dan Al-Sultan Abdullah berbincang mengenai hubungan dua hala serta serangan Israel yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Menurut kenyataan daripada sekretariat media Turki, kedua-dua mereka menekankan pentingnya bersatu dalam menghadapi penindasan yang ditanggung oleh rakyat Palestin terhadap serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

Presiden Erdoğan menyatakan keyakinannya bahawa Turki dan Malaysia akan bekerjasama erat di semua platform yang relevan, terutama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya