Duta nafi minta salur dana ke kedutaan - Utusan Malaysia

Duta nafi minta salur dana ke kedutaan

WALID ABU ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Umat Islam di negara ini bebas menyalurkan bantuan untuk rakyat Palestin melalui saluran yang disediakan oleh Wisma Putra atau melalui mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menjelaskan, beliau tidak pernah menghalang penyaluran sebarang bantuan untuk Palestin ataupun mengeluarkan arahan agar bantuan mesti dibuat melalui kedutaan.

Katanya, apa yang berlaku adalah salah tafsir tentang kenyataan yang dikeluarkannya pada tahun 2019 sekembalinya bercuti dari al-Aqsa.

“Semasa di Aqsa saya dimaklumkan oleh pengurusan al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang mereka juga memerlukan sumbangan sepertimana di Gaza.

“Itu yang saya sampaikan sekembalinya saya bertugas di Malaysia. Saya tiada hak campur tangan atas sumbangan yang rakyat Malaysia salurkan untuk rakyat Palestin. Dan kami amat-amat menghargainya,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Pada 7 Disember 2017, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjadi presiden pertama negera itu yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Tindakan Trump itu dilihat akan meningkatkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan dunia Islam secara umumnya. Ini kerana, Baitulmaqdis sentiasa menjadi sebahagian daripada asas perjuangan memerdekakan bumi anbia.
Walid mengakui penduduk Gaza amat memerlukan bantuan terutama kewangan daripada saudara-saudara seIslam terutama Malaysia yang telah sekian lama membantu Palestin.

“Cuma tumpuan seluruh umat Islam sepatutnya adalah pembebasan Masjid al-Aqsa dan mengembalikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Selain NGO yang bergerak aktif melancarkan tabung dana bagi membantu Palestin, kerajaan turut mewujudkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

Malaysia juga adalah penyumbang tetap kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sejak 2015. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya