Dua gajah mati disyaki termakan racun - Utusan Malaysia

Dua gajah mati disyaki termakan racun

BANGKAI salah seekor gajah betina yang ditemukan mati di sebuah kebun sayur berhampiran Empangan Kahang di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Dua ekor gajah betina ditemukan mati dipercayai akibat termakan racun di sebuah kebun sayur berhampiran Empangan Kahang di sini petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata,  siasatan mendapati bangkai dua ekor gajah juvenil itu dianggarkan lima hingga enam tahun.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan bangkai kedua-dua ekor gajah tersebut haiwan itu disyaki telah mati dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Kira-kira pukul 5 petang, semalam Perhilitanmenerima aduan awam berkaitan dengan penemuan bangkai dua ekor gajah di sebuah kebun sayur tinggal berhampiran dengan Empangan Kahang dan Hutan Simpan Kluang.

“Tiada kesan tembakan ditemui pada gajah,” kata beliau.

Salman memberitahu, gajah  dari Kumpulan Gajah Tenggara yang dianggarkan sebanyak 25 hingga 30 ekor sering berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan bagi mencari makan.

Kata Salman, pihaknya telah menjalankan proses pengambilan beberapa sampel bagi mengenalpasti punca sebenar kematian gajah tersebut sebelum bangkai gajah dilupuskan secara ditanam di kawasan berdekatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya