Dua bazar Ramadan di Besut ditutup seminggu - Utusan Malaysia

Dua bazar Ramadan di Besut ditutup seminggu

Operasi bazar Ramadan di Besut, Terengganu diarah tutup susulan pengesanan jangkitan Covid-19 dalam kalangan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua bazar Ramadan di Bukit Kenak dan Kuala Besut di Besut diarahkan tutup tujuh hari berikutan berlaku tiga kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan sementara berkuat kuasa semalam hingga 7 Mei itu dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mencegah penularan Covid-19.

Menurut beliau, siasatan mendapati tiga yang dijangkiti wabak berkenaan adalah pekerja sebuah kafe yang beroperasi di bazar itu.

Setakat semalam, jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan di Terengganu sebanyak 231 kes dengan 117 daripadanya di Besut, diikuti 43 kes di Setiu, Kuala Nerus (28 kes), Kuala Terengganu (21 kes), Dungun (11 kes), Marang (lapan kes), Dungun (lapan kes), Kemaman (dua kes) dan Hulu Terengganu (satu kes).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN