Doa untuk Palestin - Utusan Malaysia

Doa untuk Palestin

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini menunaikan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara menganjurkan solat hajat di masjid dan surau bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, solat hajat itu bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru umat Islam di Malaysia menunaikannya bagi mendoakan umat Islam di negara itu.

Katanya, solat hajat khusus untuk Palestin diadakan di tiga masjid utama, iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya secara serentak selepas solat Maghrib malam ini.

Ketegangan antara Palestin dan israel yang bermula sejak Isnin minggu lalu, semakin meningkat sehingga Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran ia bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran.

Siri keganasan itu meletus selepas konflik Israel-Palestin meningkat di Baitulmuqaddis Timur berikutan pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Asqa dan menyerang penduduk Palestin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya