Daftar vaksin AstraZeneca dibuka esok - Utusan Malaysia

Daftar vaksin AstraZeneca dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Orang ramai  yang ingin memilih vaksin itu secara sukarela boleh mula membuat pendaftaran untuk menerima vaksin AstraZeneca, esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran dibuka mulai pukul 12 tengah hari melalui laman web http://vaksincovid.gov.my dan memilih lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan tarikh.

Kata beliau, selepas selesai membuat pendaftaran, individu berkenaan akan diberi notifikasi menerusi aplikasi MySejahtera atau sistem khidmat ringkas (SMS).

“PPV yang ditetapkan untuk pemberian vaksin AstraZeneca ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysai (UKM),  Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan Ideal Convenction Centre Shah Alam (IDCC).

“Ini merupakan satu-satunya cara untuk membuat pendaftaran vaksin AstraZeneca. Laporan berita yang menyatakan bahawa terdapat hospital tertentu membuat tempahan awal untuk vaksin ini adalah tidak benar,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Baru-baru ini, beliau mengumumkan kerajaan akan memulakan pemberian vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca kepada pemohon sukarela secara ‘siapa cepat dia dapat’ menerusi PPV khas bagi mempertimbangkan kegusaran rakyat mengenai keselamatan vaksin itu.

Menurut Khairy, tempahan itu terbuka kepada 268,000 orang terawal berdasarkan klik pertama dalam laman web itu khusus untuk penduduk Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, sekiranya pelaksanaan kali pertama itu berjaya, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memperluaskan kepada negeri-negeri lain pula selepas Malaysia menerima penghantaran berikutnya vaksin itu daripada pengeluar. 

“Janji temu pertama bagi pemberian vaksin ini adalah pada 5 Mei. Mereka yang berdaftar menerusi MySejahtera tidak perlu mendaftar semula kerana nama mereka sudah ada dalam sistem. Esok cuma buat tempahan tarikh dan PPV di laman web. 

“Penilaian kesihatan akan dibuat terlebih dahulu di PPV sebelum diberikan vaksin. Vaksin AstraZeneca adalah percuma dan turut dilindungi di bawah Dana kesan sampingan vaksinasi kerana ia masih dalam program PICK,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya