Pendaftaran untuk untuk vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka mulai  23 Mei  - Utusan Malaysia

Pendaftaran untuk untuk vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka mulai  23 Mei 

Janji temu vaksin AstraZeneca.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pendaftaran janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka tiga hari bermula 23 Mei ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran diperluaskan seiring mengikut zon merah iaitu di Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, pendaftaran janji temu ini akan diberi keutamaan kepada kira-kira 25,000 pendaftar  program vaksin AstraZeneca Fasa 1 yang berada dalam senarai menunggu dan warga emas.

“Kita akan buka pendaftaran DI laman web rasmi manakala pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) juga akan melakukan  bagi mendaftar warga emas yang berada di kawasan masing-masing.

“Pelaksanaan Fasa 2 ini akan melibatkan kuota kepada PKD untuk membolehkan pendaftaran warga emas termasuk di pusat jagaan warga emas namun selepas tamat pendaftaran, baki kuota akan dibuka kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di sini hari ini.

Ditanya adakah Sarawak bersetuju dengan pelaksanaan Fasa 2 melibatkan vaksin AstraZeneca, Khairy berkata, Sarawak sudahpun bersetuju dan pihak PICK akan melakukan perancangan sewajarnya.

“Kita akan berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mengetahui kaedah terbaik melaksanakan program ini,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya