14,000 petugas kesihatan Kelantan tidak dapat cuti raya - Utusan Malaysia

14,000 petugas kesihatan Kelantan tidak dapat cuti raya

BEBERAPA petugas membuat persiapan terakhir Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Dewan Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri  Kelantan membekukan cuti Hari Raya 14,000 kakitangannya berikutan kes Covid-19 di negeri itu masih menunjukkan peningkatan.

Walaupun semua kakitangan tidak dibenarkan bercuti, jabatan itu masih memerlukan penambahan kakitangan, berikutan setiap hari berlaku peningkatan kes.

Pengarah JKNK Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, dari segi penambahan kakitangan tidak menjadi masalah kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar jururawat yang dilantik secara kontrak ke seluruh negara.

Katanya, mereka akan dihantar secara berkala ke seluruh negara mengikut keperluan negeri.

“Sebelum ini, jabatan ini telah menerima seramai lima kakitangan kesihatan daripada Kedah untuk membantu .

“Bagaimanapun kakitangan tersebut akan dihantar balik ke Kedah berikutan negerinya juga turut menunjukkan peningkatan yang sama dengan negeri lain, ” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19(PKRC) di Dewan Utama Kampus, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah PKRC Kelantan, Dr.Mohd.Azman Yusof.

Dr. Zaini berkata, bermula petang ini, seramai 150 pesakit  lelaki yang positif Covid- 19 dari seluruh daerah, akan ditempatkan di PKRC keenam itu yang menampung kira- kira 500 orang.

 Katanya, kes di Kelantan hari ini merekodkan peningkatan lagi dan berharap orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Orang ramai mesti berdisiplin dan yang penting kita sudah hampir dengan Aidilfitri, rantaian Covid-19 hendaklah diputuskan.

“Kita tidak mahu ia berterusan kerana akan memberi impak besar kepada sektor ekonomi, kesihatan dan juga keupayaan untuk menjana ekonomi, ” ujarnya.

Terbaru, Dr. Zaini berkata, dua Kluster terbaharu wujud  di Kelantan  masing-masing masing Kluster Kemayan, Bachok dan Jalan Padang Tembak .

Katanya, daripada kedua-dua kluster itu, seramai 531 individu telah disaring dan daripada itu, seramai 163 mereka dikesan positif.

Bagaimanapun, kesemua mereka memberi kerjasama yang baik, malah ujian calitan yang dibuat juga dibayar sendiri dan ini merupakan tanggungjawab yang baik kerana boleh meringankan beban jabatan ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya