Cubaan jahat Israel takutkan umat Islam - Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Cubaan jahat Israel takutkan umat Islam 

DR. ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan serangan biadab pasukan polis Israel di Masjid Al-Aqsa, Palestin lewat Jumaat lalu sebagai cubaan jahat bagi menakutkan umat Islam.

“Saya mengutuk keras tindakan pasukan polis Israel menggempur pekarangan masjid suci ini terhadap jemaah Palestin yang tekun beribadah,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Media antarabangsa melaporkan, lebih 200 warga Palestin cedera digempur polis rejim Israel ketika demonstrasi bantahan isu pengusiran beberapa keluarga Palestin dari rumah mereka.

Namun, pihak polis Zionis mendakwa kononnya, langkah kekerasan terpaksa digunakan bagi memulihkan ketenteraman ekoran rusuhan jemaah selepas solat tarawih di masjid tersebut.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, serangan polis Israel ternyata kejam kerana menyasarkan mereka yang tiada pun bersenjata di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.

“Pengusiran beberapa keluarga Palestin dari kediaman mereka secara paksa untuk diduduki pendatang Yahudi secara haram juga jelas melanggar perundangan antarabangsa,” tegasnya

Justeru ujar beliau, serangan kejam oleh pasukan keselamatan Israel dengan bahan letupan dan peluru getah itu ternyata ganas serta tidak dapat diterima dari sudut norma kemanusiaan.

Beliau pada masa sama, merayu masyarakat antarabangsa termasuk badan-badan hak asasi manusia sejagat agar bertindak melindungi Palestin terutama tempat suci penganut Islam. 

“Saya turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta umat Islam di seluruh dunia bersatu mempertahankan kepentingan syiar agama itu di Palestin,” katanya.

Dalam nada optimis, Zulkifli menaruh keyakinan bahawa Palestin akan terus kekal sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai pusat ibu kotanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya