PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 sebanyak 9,020 kes dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 558,534 kes.
Selangor mendahuli senarai angka jangkitan terbanyak iaitu 2,836 kes diikuti Kelantan 907 kes, Negeri Sembilan 898 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 789 kes.
Terdahulu di Putrajaya hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengerahkan lebih 70,000 anggota penguat kuasa di bawah KDN, termasuk 50,000 anggota dan pegawai polis bagi memperketatkan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan perintah total lockdown mulai 1 Jun ini.
Menterinya, Hamzah Zainudin berkata, ketika ini seramai 37,000 anggota dan pegawai polis bertugas melaksanakan pemantauan dan pematuhan SOP di seluruh negara.