Cili Boh Nasuha bermula dari rumah - Utusan Malaysia

Cili Boh Nasuha bermula dari rumah

NORRABIATUL Adawiyah Abdul Karim menunjukkan Cili Boh Nasuha yang diusahakannya di Nasuha Mart, Taman Paya Emas, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah di Taman Bertam Indah dekat sini pada 2008, kini produk Cili Boh Nasuha mula mendapat permintaan dan pasaran meluas di negeri ini.

Norrabiatul Adawiyah Abdul Karim, 33, pada awalnya hanya membuat kerisik dan cili boh untuk dijual dalam kalangan penduduk tempatnya tinggal sahaja.

Tetapi tiga tahun selepas itu cili bohnya mendapat permintaan tinggi sehingga dia tidak menang tangan menggiling cili saban hari.

“Dulu saya buat secara manual tak ada mesin apa pun. Penat juga menggiling cili saban hari bagi memenuhi permintaan penduduk.

“Namun usaha saya ini mendapat perhatian daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Saya diberi sebuah bengkel di Rumah Awam Bertam Hulu untuk memasak dan mengisar cili,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Norrabiatul Adawiyah berkata, ekoran itu, dia menubuhkan Syarikat Alnra Segar Mekar Enterprise bagi memasarkan cili boh Nasuha ke pasaran tempatan.

Atas usaha gigihnya, dia mendapat peruntukan sebanyak RM5,000 daripada Ahli Parlimen Tangga Batu ketika itu, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah untuk pembelian sebuah mesin mengisar pada 2013.

Jelasnya, dari situ, dia mula membesarkan premis perniagaan dengan menyewa dua lot rumah kedai di Taman Paya Emas, dekat sini berikutan permintaan daripada beberapa pasar raya seperti Keluargaku, pasar harian dan kedai runcit.

“Saya juga menjual sambal siap dimasak yang mendapat tempahan daripada Yayasan Koreksional Malaysia sebanyak 20,000 pek setiap bulan.

“Namun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasarannya terhenti seketika,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya