Cheng Hoe turun skuad terkuat jumpa Bahrain - Utusan Malaysia

Cheng Hoe turun skuad terkuat jumpa Bahrain

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Manama semalam dalam persiapan menghadapi Bahrain pada aksi persahabatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Cheng Hoe tidak akan bereksperimen apabila menentang Bahrain dalam aksi pemanas badan kedua di Manama, Sabtu ini (12.30 pagi Sabtu waktu Malaysia), sebaliknya bersedia menguji barisan terkuat menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

Katanya, kekalahan 1-4 kepada Kuwait dalam perlawanan persahabatan pertama, Ahad lalu memberi pengajaran berguna buatnya dan barisan pemain negara.

Beliau perlu menguji barisan sebenar yang akan diturunkan untuk menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun ini kerana UAE dan Bahrain mempunyai kekuatan hampir sama.

“Saya mahu pemain segera melupakan kekalahan kepada Kuwait kerana aksi menentang Bahrain sebagai cabaran sebenar.

“Kualiti yang ada pada Bahrain dan UAE tidak terlalu berbeza dan ketika itulah pasukan akan diuji dengan tekanan khususnya dalam memastikan benteng pertahanan kekal ampuh.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan bayangan kesebelasan utama pasukan dapat dilihat berdasarkan pemain yang diturunkan bertemu Bahrain kerana kita sudah kesuntukan masa untuk membentuk kesefahaman,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, semalam.

Kemenangan besar yang dilakar UAE dalam dua perlawanan persahabatan menentang India 6-0 dan Jordan 5-1 memberi amaran awal kepada skuad kebangsaan.

Cheng Hoe mengakui ada ‘meninjau’ perlawanan UAE dan menyifatkan skuad yang dimiliki mereka sekarang lebih baik berbanding ketika mengalahkan Malaysia 2-1 dalam perlawanan pertama di Bukit Jalil, September 2019.

“Saya lihat pasukan UAE kali ini lebih baik dengan kehadiran tiga pemain naturalisasi baharu, malah ketajaman penyudah yang dimiliki pemain No. 7 mereka, Ali Mabkhout perlu diberikan perhatian lebih oleh barisan pertahanan kami,” katanya.

Selepas aksi bertemu Bahrain, Harimau Malaya akan melengkapkan tiga baki saingan kumpulan G dengan bertemu UAE (4 Jun), diikuti aksi menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun) di Dubai.

JADUAL PERLAWANAN

SABTU
BAHRAIN lwn MALAYSIA
(12.30 pagi waktu Malaysia. Siaran langsung di RTM, Astro Arena)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya