PETALING JAYA: Terdapat lebih kurang 900 jenis dadah dari luar negara mampu menembusi pasaran gelap di negara ini jika tiada langkah pencegahan awal dilakukan. Apa yang membimbangkan, dadah tersebut diproses dan dicampurkan dengan pelbagai bahan lain seperti racun tikus, minuman keras serta ubat selesema dan mampu memberi kesan khayal dan kesan sampingan lain kepada penagih. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dr. Sabri Zainudin Zainul (gambar) berkata, proses pembuatan pada masa kini juga mudah diperoleh iaitu menerusi saluran lain termasuk YouTube. Beliau memberitahu, perkara itu juga turut menyumbang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya