Cahaya berwarna bendera Palestin di drawbridge - Utusan Malaysia

Cahaya berwarna bendera Palestin di drawbridge

CAHAYA lampu berwarna bendera Palestin menghiasi mercu tanda ikonik Terengganu, jambatan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas Menara Kuala Lumpur dan Alor Setar, malam ini mercu tanda ikonik Terengganu, jambatan angkat atau drawbridge pula dilimpahi cahaya lampu berwarna bendera Palestin.

Pengerusi TI Properties Sdn. Bhd., Maliaman Kassim berkata, inisiatif itu sebagai tanda solidariti dan sokongan kerajaan negeri dan seluruh rakyat terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Katanya, pemasangan lampu berkenaan bermula dari pukul 7 malam hingga 12 tengah malam selama seminggu dan berakhir Ahad ini.

“Sepanjang tempoh itu, cahaya lampu di jambatan angkat dihiasi warna merah, hijau, hitam dan putih sebagai simbolik kepada bendera Palestin.

“Ini sebagai tanda kebersamaan Terengganu terhadap denyut nadi rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis Israel,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar menarik perhatian ramai kerana dilimpahi cahaya berwarna bendera Palestin.

Jambatan angkat sepanjang 638 meter dengan bahagian tengahnya (bascule) yang boleh diangkat untuk laluan kapal itu baru-baru ini diiktiraf sebagai ikon pelancongan baharu terbaik Malaysia pada Anugerah Kecemerlangan Pelancongan Dunia 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya