Bot dipanah petir, nelayan hilang jatuh sungai - Utusan Malaysia

Bot dipanah petir, nelayan hilang jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya bersama seorang rakan dipanah petir sebelum lelaki itu terjatuh ke dalam Sungai Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Sebelum kejadian pada pukul 4 pagi,  mangsa  berusia 33 tahun dan berasal dari Kampung Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini sedang memasang pukat di sungai tersebut..

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai nelayan dan keluar pada kira-kira pukul 1 pagi.

Katanya, rakan mangsa, Sobri Hussin, 35, memaklumkan mereka keluar menangkap ikan dari Jeti Pengkalan Bakar Arang.

“Semasa mangsa memasang pukat,  tiba-tiba berlaku panahan kilat di hadapan bot menyebabkan mangsa pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Rakan mangsa  terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa namun disebabkan arus yang deras, mangsa  hanyut,” kata beliau. 

Adzli berkata,  Sobri diselamatkan orang awam di Jeti Bukit Lintang dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Beliau berkata Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah dibuka bersama agensi penyelamat yang lain pada pukul 8 pagi tadi daj operas mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan ketika ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya