Bayi Berusia 9 hari antara mangsa banjir dipindahkan di Tenom - Utusan Malaysia

Bayi Berusia 9 hari antara mangsa banjir dipindahkan di Tenom

SIBUANGAN Samin (tiga dari kanan) memindahkan bayi berusia 9 hari dalam operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Sapong, Tenom, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Proses pemindahkan mangsa banjir sudah menjadi rutin tugas Sibuangan Samin @ Gustin yang sering terlibat dalam operasi pemindahan setiap kali banjir melanda daerah ini.

Namun ini kali pertama, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu membantu memindahkan bayi berusia sembilan hari yang belum pun diberikan nama.

Ini satu pengalaman yang membuatkan Sibuangan,52, berasa lebih tersentuh kerana bayi sekecil itu sudah merasai pengalaman dilanda banjir.

Biarpun bayi itu belum faham situasi yang berlaku di sekelilingnya, namun kisah itu pasti menjadi memori yang boleh dikongsikan oleh kedua ibu bapanya apabila bayi ini dewasa kelak.

Katanya, proses pemindahan bayi itu dilakukan di Batu 8 Sapong dan dipindahkan ke rumah saudaranya di Perumahan Ladang Sapong pada Sabtu.

“Bayi berusia sembilan hari ini belum sempat diberikan nama kerana insiden banjir menyebabkan ibu bapanya sukar keluar meredah banjir bagi mendaftar sijil kelahiran bayi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Setakat 8 pagi tadi, seramai 4,396 orang daripada 1,269 keluarga dipindahkan akibat banjir di Tenom.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,999 mangsa terjejas banjir ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah.

Banjir yang melanda Sabah kali ini meragut nyawa seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditemukan lemas di Kampung Mantao, Beaufort kira-kira 1 petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya