Bapa jadikan anak hamba seks sejak 12 tahun lalu ditahan - Utusan Malaysia

Bapa jadikan anak hamba seks sejak 12 tahun lalu ditahan

SHAFEE ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang diburu polis berhubung kes melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya sejak 12 tahun lalu ditahan polis di Bukit Tengah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

“Suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis sebelum ini memburu seorang lelaki selepas anak perempuannya yang berusia 18 tahun mendakwa bapa kandungnya itu mencabulnya dalam kejadian di kediaman mereka di Taman Seri Delima, Bukit Mertajam, di sini Selasa lalu.

Siasatan lanjut polis kemudiannya mendapati suspek yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas dekat sini didakwa merogol dan mencabul anak sulungnya itu hampir setiap hari sejak mangsa berusia enam tahun di rumah mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya