ANIH Berhad siap siaga selia trafik musim perayaan

ANIH siap siaga selia trafik musim perayaan

SEBAGAI tanggungjawab sosial korporat, ANIH akan mengedarkan pelitup muka percuma kepada pengguna KLK dan LPT1 di semua Pusat Khidmat Pelanggan bermula dari 10 Mei 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad yang bermula dari Gombak, Selangor ke Jabor, Terengganu bersiap siaga dalam menguruskan operasi tol, trafik dan fasiliti walaupun aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan.

Ini adalah bagi memastikan pengguna lebuh raya terutamanya dalam negeri ini dapat menikmati perjalanan yang selesa ketika merentas daerah melalui KLK dan LPT1 di musim perayaan Aidilfitri.

ANIH Berhad menjangkakan jumlah purata harian trafik puncak hari raya bermula dari 8 Mei hingga 17 Mei ini adalah 70,180 bagi KLK manakala 40,250 bagi LPT1. 

Pengarah Eksekutif ANIH, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, syarikat itu akur dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan aktiviti rentas negeri pada musim perayaan Aidilfitri kali ini. 

Namun katanya, ANIH akan memastikan kemudahan lebuh raya seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Sebelah dan perkhidmatan tol dan trafik sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh tersebut. 

“Bagi membendung penularan wabak Covid-19, semua fasiliti di sepanjang KLK & LPT1 mempraktikkan Prosidur Operasi Standard (SOP) norma baharu. Oleh itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak 

Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya ketika menggunakan kawasan R&R dan Hentian Sebelah.

“Di dalam kita bergembira menyambut Aidilfitri yang bakal tiba, jangan lupa untuk terus patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk sama-sama melandaikan lekuk jangkitan COVID-19. Ini tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nik Fauzi berkata, sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan bagi membantu pengguna lebuh raya untuk terus patuhi SOP ditetapkan, pelitup muka percuma akan diedarkan kepada pengguna di semua Pusat Khidmat Pelanggan di sepanjang KLK dan LPT1 bermula pada 10 Mei sementara stok masih ada.

“Untuk perjalanan yang lancar, pengguna dinasihatkan memastikan baki kad dan e-Wallet Touch ‘n Go mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. Bagi urusan tambah nilai, pengguna boleh ke kiosk layan diri (SSK) yang disediakan di R&R Genting Sempah dan Hentian Sebelah Gombak bagi KLK; R&R Temerloh Timur, R&R Temerloh Barat dan Plaza Tol Gambang bagi LPT1.

“Seperti musim perayaan sebelumnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini syarikat di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook LPT. Untuk bantuan kecemasan, pengguna disarankan untuk menghubungi talian 24 jam LPT Line di 1-700-818-700 atau 09-5479 111,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN