ALOR SETAR: Prihatin dengan keadaan seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda di jalan raya, anggota peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang sedang melakukan rondaan telah membantunya hingga selamat sampai ke rumah.
Berdasarkan hantaran di Facebook JPJ Negeri Kedah, ketika itu anggota peronda JPJ terbabit, Bisyralhafi Abd Rani, Azmi Hashim dan Mad Syukri Omar dalam tugasan rondaan dari Pokok Sena-Kuala Nerang apabila terserempak dengan warga emas tersebut yang berkerusi roda sendirian di jalan besar utama menuju ke padang sanai.
Keadaan itu berbahaya kerana jalan tersebut sibukj dengan kenderaan yang dipandu laju.
Terkesan dengan keadaan warga emas tersebut, anggota terbabit telah membantu menolak kerusi roda warga emas itu hingga ke rumahnya yang terletak kira-kira 400 meter dari tempat ditemukan. – UTUSAN