Aidilfitri : 1.33 juta rakyat Terengganu dapat air percuma selama sebulan - Utusan Malaysia

Aidilfitri : 1.33 juta rakyat Terengganu dapat air percuma selama sebulan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lebih 1.33 juta rakyat Terengganu bakal menikmati bekalan air secara percuma selama sebulan sempena Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pemberian bekalan air percuma melibatkan 10 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah itu bermula 1 hingga 31 Mei ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM570,000 bagi tujuan itu sekali gus membantu rakyat menghadapi suasana hari raya dalam ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

“Kita bersetuju memperluas bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada semua pengguna kategori rumah tangga sempena bulan perayaan Aidilfitri.

“Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan negeri terutama pada sambutan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, inisiatif sama telah dilaksanakan kepada penerima bantuan e-Kasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya