Adik arwah Achik Spin Khalis terlantar, mohon peminat doakan -

Adik arwah Achik Spin Khalis terlantar, mohon peminat doakan

Khalis Md Shari terlantar ekoran penyakit kencing manis dan kandungan garam dalam badan yang rendah ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seremban Selatan, Seremban, semalam. – UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Adik kepada arwah Achik Spin, iaitu penyanyi Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari kini terlantar ekoran penyakit kencing manis dan kandungan garam dalam badan mendadak turun yang dialaminya sejak sebulan lalu.

Isterinya, Zalina Azman, berkata, tahap kesihatan Khalis, 33, semakin merosot sejak sebulan lalu.

Jelasnya lagi, kali pertama suaminya itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada bulan Februari lalu kerana kencing manis.

“Selepas lima hari mendapatkan rawatan, suami dibenarkan keluar dan keadaan lepas itu nampak positif dan berat badan pun naik.

“Sebulan lepas itu dia sekali lagi dimasukkan hospital kerana kandungan garam dalam badan terlalu rendah, dua minggu selepas keluar Khalis dimasukkan sekali lagi ke hospital disebabkan masalah yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seremban Selatan dekat sini semalam.

Pasangan suami isteri itu kini memikul tanggungjawab membesarkan dua orang anak kan­dung, tiga orang anak tiri dan dua orang anak saudara yang dijaga sejak kecil dengan kesemua mereka berusia di antara sembilan hingga 20 tahun.

Khalis yang merupakan adik kepada penyanyi, Allahyarham Achik Spin pernah popular dengan lagu Semakin Rindu mengharapkan supaya semua pihak mendoakan kesihatannya dan menyatakan hasrat ingin menunaikan umrah.

“Saya teringin nak pergi umrah,” katanya ringkas.

Sebelum ini tular di Facebook keadaan Khalis yang gambar­nya didukung dengan keadaan muka yang pucat dan fizikal yang cengkung dan kurus.

Sementara itu, difahamkan, pihak Majlis Agama Islam Ne­geri Sembilan (MAINS) membantu keluarga tersebut dengan bantuan kewangan segera sebanyak RM500 selain bantuan lain yang akan menyusul seperti susu dan lampin pakai buang, sara hidup dan bantuan tunggakan elektrik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya