Accelskill Academy edar 350 bubur lambuk - Utusan Malaysia

Accelskill Academy edar 350 bubur lambuk

PARA pelatih Fakulti Seni Kulinari Accelskill Academy menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar daerah Melaka Tengah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Accelskill Academy mengedarkan 350 bungkus bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di sekitar daerah Melaka Tengah hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, K. Annadurai berkata, antara penerima sumbangan itu adalah Balai Polis Tengkera, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu dan beberapa klinik kesihatan.

Katanya, selain itu rumah kebajikan, surau dan orang ramai terutama golongan B40 turut menerima manfaat program berkenaan.

“Program ini sudah memasuki tahun keenam dan menjadi acara tradisi akademi sempena Ramadan. Juadah ini disediakan oleh para pelatih fakulti seni kulinari yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan pemantauan cef-cef Accelskill Academy dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Tugas mengedarkan bubur lambuk diuruskan oleh pelatih fakulti mekatronik dengan pengawasan tenaga pengajar,” katanya di sini hari ini.

Tambah Annadurai, penglibatan pelatih daripada pelbagai latar belakang adalah untuk menyemai rasa hormat antara kaum di negara ini.

“Kami mahu cara didikan menghormati antara kaum disemai dari awal seperti kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Pojek Bubur Lambuk, Hafizi Berhan berkata, program seperti ini dapat memberi pengajaran kepada para pelatih tentang pengorbanan petugas barisan hadapan dalam mengekang pendemik covid-19.

Dalam pada itu, seorang pelatih tahap tiga fakulti kulinari, Siti Sabrina Sabri berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai program itu.

“Semangat dan kerjasama antara pelatih amat tinggi. Terima kasih Accelskill kerana menganjurkan program seumpama ini,” ujarnya.

HABIS///

HAFIZI Berhan (kiri) menyerahkan bungkusan bubur lambuk kepada anggota bomba BBP Jalan Kubu, Melaka. – UTUSAN MUHAMMAD/SHAHIZAM TAZALI

PARA pelatih Fakulti Seni Kulinari Accelskill Academy menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di sekitar daerah Melaka Tengah, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya