7 ditahan samun 50 mesin lombong bitcoin  - Utusan Malaysia

7 ditahan samun 50 mesin lombong bitcoin 

SEBAHAGIAN peralatan yang dirampas daripada tujuh suspek pecah masuk sebuah premis melombong 'bitcoin' di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Tujuh lelaki diberkas polis dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah premis melombong mata wang digital bitcoin di sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam tempoh 24 jam selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. 

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, pengadu yang juga pemilik kedai mendakwa, pagar besi serta pintu kayu di hadapan kedainya telah dirosakkan. 

“Pemeriksaan lanjut di dalam kedai berkenaan kemudian mendapati sebanyak dua set pelayan (server) serta kira-kira 50 mesin ‘bitcoin’ hilang. 

“Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat kira-kira pukul 4.20 petang hari yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Shafee berkata, semakan lanjut mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. 

Katanya, turut dirampas  bersama suspek adalah peralatan dan kenderaan yang digunakan untuk pecah masuk premis tersebut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun selain boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya